Halaman

11 Januari 2012

Pengalaman manis dan tidak ternilai ESQ (Emotional Spiritual Quotion)

Menanti tarikh 23 Disember 2011 merupakan saat penantian yang terlalu lama...tak sabar rasanya nak hadiri ESQ (Emotional Spiritual Quotion) walaupun sebelum ini, aku telah terbaca ESQ 165 pernah diharamkan atas sebab2 tertentu(kenapa pula ia diharamkan? itulah yg menjadi persoalan ku)...tp itu semua tidak membuatkan aku berfikiran negatif malah aku makin teringin nak hadiri ESQ...sebenarnya aku tertarik menghadiri ESQ selepas mendengar pengalaman, rasa dan kesedaran daripada ajakan sepupuku yang mana sepupuku itu telah pun mengikuti ESQ Basiq sebanyak 7 kali setakat ni, dan upgrade hingga peringkat ke-3...setiap kali bersua dgn sepupu ku itu ia tidak pernah memaksa untuk join ESQ....malah perkongsian pengalaman manis yg diberi oleh sepupuku itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam jiwaku...dan menambah keinginanku untuk join ESQ.

ESQ (Emotional Spiritual Quotion) adalah Kursus Kepimpinan dan Pengurusan berbentuk motivasi dalaman berlandaskan konsep 165 (ihsan/fitrah, rukun iman dan rukun islam) program ini diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah Syarikat ESQ Leadership Center berpusat di Jakarta. Kursus ESQ telah berkembang ke Malaysia sejak beberapa tahun lalu sehingga timbullah isu kontroversi pengharaman aktivitinya di Wilayah Persekutuan pada tahun 2009. Namun pada 23-25 Disember 2011 lalu aku berkesempatan mengikuti kursus ini di Star City, Kota Kinabalu. Pengalaman mengikuti kursus ESQ selama 3 hari itu memberikan aku sesuatu untuk dikongsikan. selepas menghadiri kursus ESQ yuran penyertaan sebanyak RM1180 terasa tidak ada nilainya berbanding apa yang aku dapat sepanjang kursus. sepanjang kursus peserta hanya diberi sebuah buku yang dihasilkan sendiri oleh Ary Ginanjar Agustian. Jangan salah faham dengan yuran penyertaan yang terlalu tinggi...sebenarnya pihak penganjur terpaksa menyediakan ruang yang selesa(dewan berhawa dingin)ini adalah untuk memastikan peralatan seperti sound sistem, layar pemancar(ala2 pawagam gitu...) dsb berada dalam keadaan baik..multimedia yang disediakan memang sangat canggih..ini adalah untuk memastikan apa yg hendak disampaikan kepada peserta berkesan...

sepanjang kursus berlangsung semua peserta dan alumni tidak dibenarkan membuat rakaman dan mengambil gambar...malah membuat catatan sepanjang kursuspun tidak digalakkan. Tujuan ini adalah untuk memastikan peserta kursus dapat memberi tumpuan dan penghayatan sepenuhnya sepanjang program selama 3 hari(7.30pagi-6.00petang) makanan peserta disediakan (minum pagi, makan tengah hari dan minum petang)
Sepanjang kursus tersebut aku cuba mengingat2 saja apa yang kami perolehi selama 3 hari....


Hari pertama sebelum melangkah masuk ke dalam dewan aku tertanya-tanya kepada diriku sendiri. Dapatkah aku menemui jawapan yang selama ini aku cari. Hanya satu yang aku harapkan....Hidayah agar aku sentiasa ingat dan dekat pada-NYA.."Ya Allah tenangkan hatiku, lembutkan hatiku, permudahkanlah aku sepanjang kursus ini semoga apa yang aku cari dan harapkan diberkati dan dipermudahkan oleh-MU...amin".

Sepanjang kursus diselitkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat...muzik kitaro, lagu ASMA-UL-HUSNA, laungan Allahuakhbar,...aku sangat tertarik dengan slot kesedaran diselang-selikan dengan permainan...semua apa yang dijalankan sangat berkait antara satu dgn lain...setiap apa yang disampaikan disahkan menerusi penemuan sains serta ayat al-Quran bagi menginsafkan kerdilnya diri serta bukti adanya Allah yang maha pencipta. Bukan senang nak sedarkan manusia serta menimbulkan keyakinan bahawa Allah yang mencipta alam ini. Para peserta diusik hati dan perasaan, seolah-olah di paksa untuk merenungi, menghayati, menginsafi dan mengalirkan air mata dalam suasana kegelapan lampu dewan.....banyak yang aku dapati sepanjang kursus sebelum ini tidak aku sedari dan tak terfikirpun....

Baru slot pertama aku dah menangis...sampai bengkak mata..bila masa tengah hari kepala dah pening sebab terlalu banyak menangis...tapi yang heran, biasanya selalu kalau aku nangis lama2 bukan kerana Allah peningku hilangnya lama...mau 2, 3 hari baru hilang pening...tapi sepanjang ESQ walau pening kerana banyak nangis, tapi sejam selepas itu peningku akan hilang...

Kekadang pernah rangkap ayat yang disampaikan berulang-ulang membuatkan aku sedikit bosan sehingga terlelap, tapi terlelap tak sampai 3 saat sebab terkejut dengan dentuman muzik yang kuat dan menggegarkan hingga ke jantung...muzik yang dimainkan kadang membuai perasaan dan adakalanya berdentum bingit memenuhi segenap ruang dewan..(kalau ada yang lemah jantung bisa2 boleh pingsan lor..) malah nada suara penceramah yang kadang mendayu dan sedih, membuatkan aku sedar dan segar bugar kembali...penceramah aku lihat sering menangis dan berzikir apabila menyampaikan bait kesedaran...

semasa penceramah membuat aksi burung terbang...situasi ini merupakan pengalaman luar biasa bagi diriku....(burung terbang memberi bayangan kepada peserta tentang roh yang terpisah dari jasad dan melalui alam barzakh..) roh terpisah dari orang2 yang kita sayangi, harta dunia, dan hanya dengan amal soleh sahaja yang boleh membantu roh kita itu tidah tersasar dari landasan dan destinasi yang dituju....(jangan biarkan kita, ibu bapa kita, anak2 dan saudara mara kita tersasar dari matlamat tujuan...abadi)

cuma yang aku rasa kurang selesa sepanjang kursus...time peserta lain yang tidak dapat menahan diri(meraung/meratap menangis...kadang kayaknya macam kena hesteria pulak...semua itu mengganggu konsentrasi aku...baru aku rasa nak filling tiba2 sot dgn perempuan sebelah yang meraung2 menangis...heran juga...kadang menyampah pun ada...
selain itu yg buat aku tidak selesa dan tidak suka kerana rasa terganggu dalam suasana rayuan keinsafan yang cuba dibangkitkan, beberapa orang akan dipilih untuk meratapi doa yang diluahkan dari isi hati keinsafan...(kalau dah sebak memang tak boleh cakap) jadi ini betul2 mengganggu konsentrasi aku....

Lima prinsip asas kejayaan yang hendak disampaikan merujuk kepada:,
1. (penyataan syahadah dalam rukun Islam )mempunyai penyataan misi yang jelas,
2. (solat yang laksanakan )mempunyai value dan pembinaan karakter ,
3. (ibadah puasa )melatih disiplin/kawalan diri /self-control ,
4. (zakat dan fitrah yang dikeluarkan )mempunyai strategic collaboration dan contribution
5. (ibadah haji) yang merupakan perbuatan seperti saie dan tawaf-totakl action

Enam perkara pula yang menjadi prinsip keyakinan ialah
1. ultimate principle ( berdasarkan Iman kepada Allah ),
2. angel principle ( berdasarkan Iman kepada para Malaikat ),
3. leadership ( berdasarkan keimanan kepada para Rasul dan Nabi ),
4. learning continuous ( berdasarkan kepercayaan kepada kitab yang diturunkan sebagai rujukan),
5.mempunuyai visi ( lantaran kepercayaan kepada hari akhirat yang akan dituju )
6. well-organized ( merujuk kepada qadar dan qadar, dimana usaha bersungguh dan berkesan, namun tidak semua yang diusahakan akan berhasil ).


semua apa yang kita lakukan di dunia ini adalah niat kerana Allah kerana kita manusia sebagai hambanya diciptakan semata2 untuk beribadah kepadaNYA.


Sepanjang Kursus bukan hanya setakat misi dan visi serta nilai Jabatanku dikaitkan dengan Asmaul-Husna, malah Rukun Negara serta senikata Jalur Gemilang pun dikaitkan dengan Asmaul-Husna. Saya sangat tertarik dan minat dengan lagu Matahari dinyanyikan beramai-ramai siap dengan gaya pusing2 sekali....laungan kata semangat...(go3x, fight3x, win3x, boleh...dan bolehbah....) Selain itu, ini nilai samurai, kaizen serta Bushido dijadikan contoh betapa nilai-nilai baik seperti jujur, ikhlas, tanggungjawab, disiplin, adil dan perihatin. Ini menunjukkan agama Islam merupakan agama yang sempurna.

Perkara ini, seharusnya menjadi motivasi dalam kejayaan dalam pekerjaan yang sebenarnya dan bukan pangkat, jawatan serta gaji mahal yang menjadi dorongan, lantaran itu semuanaya sementara dan tidak kekal lama. Kalau apa yang kita ‘hasilkan’ dapat dimanfaatkan untuk kebaikan maka kita dapat pahala. dan yang pasti apa yang kita lakukan dengan niat Ibadah kerana ALLAH...Amin...

oh ya terima kasih tak terhingga buat pak penceramah Pak Renaldi dan Pak Firdaus..sangat menghibur dan penyampaian yang berkesan....apa pun saya kagum dengan cara pak Firdaus yang sentiasa mengawal pandangannya...dan sangat terhibur dengan lagak pak Renaldi yang berlakon menjadi orang kaya sambil bermain golf dan menabur wang di jalan...lucu...juga sangat lucu bila teringat tingkah Pak Firdaus menabur kelopak bunga untuk dikutip oleh para peserta...tujuan pahala...
setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai mesej yang sangat bermakna....