Halaman

10 Oktober 2009

Ayam Masak Lemak Cili

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)


Cara memasak:


Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota:

Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

08 Oktober 2009

Majlis Hari Raya Sk Bongkud





Majlis Hari Raya berlangsung serba sederhana...di antara yang hadir kat majlis ni ialah En Kamin (PPD), Ckg Adnan Hamid(GB Sk Lohan) dan ramai lagi majlis berlangsung bermula pada jam 11.00pg-1.00ptg..

10 September 2009

Menjaga Exam UPSR kat Sk Tinanom






Mencabar juga time jaga exam kat sini...dah lah time puasa...masa hari ke3 exam abis hampir jam 4pm..cz nak kemas2 lg..jga exam..rasa tak larat sudah..kat sek ni tak macam kat Sk Nukakatan Sejuk....kat sini panas sangat2...panas melekit2...tapi kat sini memang tenang...murid yang ambil exam just 15 org ja...tapi apa yang lain dr yang lain kat sek ni...murid thn 6 warna warni baju sekolahnya..myb bnyk jawatan kot...ceria dan meriah baju diorang...ada lagi satu kes yang mencabar bila nak datang kat sini kena lalu jambatan gantung..panjang sangat...setakat ni..ini lah jambatan gantung paling panjang aku naik...dan paling mengapocotkan jantung aku...jambatan ni dah lah panjang..kalu kena lalu mesti seorang ja(tak boleh berselisih) sebab jambatan ni tak lebar...tapi panjangnya...hui..na...kena hati2 nanti jatuh...kecebur dalam sungai...huhu..menangis tak berlagu...

15 Ogos 2009

Murid Tahun Satu


Look..boring faces...rest time ...malas nak keluar sbb lepas ni nak masuk semula kelas ni...nak ganti guru yg bercuti...very fun look at their behavior...



02 Julai 2009

22 Jun 2009 aku ditukarkan sekolah baru untuk kali ke dua, di daerah kelahiranku juga tapi kini lebih dekat dengan rumah keluarga, kalu nak p skul tak sampai pun 10 minit...huhu...sedih sangat tau meninggalkan murid2 di sk Seri Nukakatan...belum pun puas dah kena pindah...ikut arahan suami...semua suami yg urus perpindahanku...suami cakap susah juga kalau dua2 mengajar kat sk Pedalaman 2 ni...terutama bila kes sakit...hospital jauh..dll...lg pun rumah baru kami nanti kalau dah siap tiada orang nak jaga...em...

sekolah baru ni panoramanya memang cantik... siap ada rumah-rumah kecil yang mewakili kaum2 yang terdapat di sabah antaranya rumah murut, rumah dusun, dan bajau....






Sk Bongkud...guru2 kat skul ni ramah2 dan baik2 semuanya...yang paling best kan guru kat sni...80% semuanya pempuan...

murid kat sek ni...212 orang ja... tapi...muslim sikit jak lah...tak sampai 30 orang...
cuma yang merisaukan saya...murid2 kat sni aktif skit...
tension juga first week masuk skul...sampai serak suara dan pedih tekak dibuatnya...bila pulang rumah ja..aku mesti tidur pulas...sebab letih sangat...
yang lebih mencabar...selalunya bila masuk kelas murid pempuan yang ramai tapi sini tak pulak...murid lelaki lebih ramai... bayangkan 82 pempuan jak drp 212 org murid..
tapi apa2 pun saya tak kisah dah skrg...dah biasa dgn situasi kat sk ni...best..

25 Jun 2009

My House( Full House)

Tempoh masa pembinaan Mei 2008-November 2008(6 bulan)
dan sambung semula pada April-Jun 2009(3 bulan)
mengambil masa 9 bulan untuk siap sepenuhnya
Masuk Rumah Jun/Julai 2009....





Teratak Kasih Aku dan Suami Tersayang...rumah inilah yang menjadi pengikat kasih antara kami...walau sepanjang pembinaan rumah, aku dan suami jarang sangat menjenguk..jadi kes tak puas hati tu memang ada...
sebab sepanjang pembinaan rumah ni, aku duk kat Pulau Banggi, Kudat sementara suami duk Sk Seri Nukakatan...setiap hujung minggu je baru suami akan datang memantau...
dan kini Alhamdulillah aku dan suami dah duduk sebumbung di rumah ini setelah aku berjaya ditukarkan sekolah dr Sk Karakit Kudat ke Sk Bongkud Ranau... sementara suami juga dapat ditukarkan dari Sk Seri Nukakatan ke Sk Kananapon Ranau...
kini tak perlu dah aku dan suami buang duit selalu bercuti menginap di Hotel setiap cuti sekolah(sbb aku ni kaki jalan)...kerana teratak ini..kami anggap ibarat hotel...hehe.. rasa seperti selalu pi bercuti...