Halaman

10 Oktober 2009

Ayam Masak Lemak Cili

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)


Cara memasak:


Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota:

Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda