Halaman

05 Januari 2009

Selamat Tinggal SK Karakit, Banggi














Selamat tinggal warga Sk Karakit Banggi, aku pasti merindukan anak muridku..setelah hampir 5 tahun berkhidmat di bawah bumbung mu...aku telah banyak mengutip ilmu dan pengalaman darimu sehingga menjadikan diriku semakin matang dan tabah dalam mengharung kehidupan sebagai seorang pendidik. Masihku ingat kata2 lecturer aku time kat Maktab Gaya dulu "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"....kata2 inilah yang aku pegang sampai sekarang...tanpa semangat yang jitu dan usaha yang kental dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik, seorang guru pasti hanyut dengan cabaran dan ujian.



Inilah hasil usahaku sepanjang berada di Sk Karakit..Pusat sumber yang dulunya sangat tandus dan usang kini menjadi PSS yang berseri dan menjadi tempat persinggahan utama murid2 Sk karakit pada waktu sengkang...Nilam berjalan seperti dirancang..malah 37 orang murid berjaya meraih gelaran rakan Nilam 2008.yang Masih ku ingat Ust Fadzeli yang telah banyak memberi tunjuk ajar...beliau banyak mengajarku erti kesabaran, pengalaman yang sangat berguna kepadaku. banyak yang manis pahit ku terima dan ku lalui sepanjang berada di tempat mu ini tapi kini semua itu menjadi ilmu dan pengalaman yang sangat berguna dan aku banggakan kini. Dengan pengalaman yang ku kutip di Sk Karakit..aku pasti tidak akan menjadi seperti "rusa masuk kampung" atau "katak bawah tempurung" di luar sana.Terima kasih Sk Karakit Banggi.

3 ulasan:

  1. Salam 1 Malaysia,
    Tahniah anda terlah berjaya menjadikan kekurangan sebagai satu kelebihan. pernah ku ungkpkan kat-kata ini padamu Ita. jangan jadikan kekurangan sebagai penghalang kerana di dalam setiap individu telah wujud satu kuasa yang mampu mengbah dunia. tahniah anda telah berjaya meralisasikannya. apa yang ku gambarkan dulu walau tak kesampaian telah kau realitikannnya. terutama bilik PSS. hebat

    BalasPadam
  2. alalala... kena buat reunion ni tau ex-sk karakit.. eheheheheh

    BalasPadam
  3. first siapa cikgu botak ni...?
    Ustaz Fadzli...thanks for everything...sa masih pegang dan ingat nasihat ustaz "Usah peduli apa org lain kata ttg kita..mnybbkn semangat dn motivasi diri kita jatuh...yg ptg kita buat kerja kita dgn ikhlas dan tak kacau/menyusahkan orang lain"......

    BalasPadam

komen anda