Halaman

22 Ogos 2011

Lawatan Nazir

em....hari ni 22.08.2011(ISNIN) sekolah kami (SK BONGKUD)bertuah kerana dilawat oleh NAZIR...menurut guru2 senior dah lama dah rasanya sekolah ni tidak dilawat oleh NAZIR...sehinggakan ramai drp rakan2 ku yg masih baru di sekolah ini sedikit kucar-kacir gara2 lawatan mengejut NAZIR tersebut...hehe aku relax jer...dah biasa dgn lawatan NAZIR....kat sekolah lama dulu (SK Karakit, Banggi Kudat) setiap tahun sekolah kami dilawat oleh Jemaah NAZIR..sek kami juga menjadi anak angkat NAZIR...tu yang banyak kali mereka dtg melawat...yg penting kita buat tugas yg diamanahkan utk kita dgn sebaiknya... (RPH,Fail Panitia dll semua lengkap dan paling ptg attendance)... lagi pun, NAZIR.. mereka datang ke sekolah bukannya untuk mem'blame' guru2...mereka datang untuk melihat tahap keberhasilan/kemenjadian murid dan membantu / berkongsi ilmu kpd guru2 bg memantapkan lagi profesion pendidikan.

berbalik semula cerita lawatan NAZIR...sebenarnya dlm masa yg sama 17 orang NAZIR melawat ke beberapa sekolah dalam daerah Ranau...tapi yang datang ke sekolah kami hanya 4 orang sahaja...dan mereka berkampung di sekolah kami selama 3 hari...first day is checking files, second day is observations and third day is the presentation ...

First day,
-semua fail disemak termasuklah, fail2 panitia, data, skpm, disiplin, RPH semua guru2(tidak terkecuali Guru Besar dan PK1,PK HEM, dan PK KOKUM)
-beberapa orang murid menjawab beberapa soalan berkaitan isu semasa dan kenegaraan..
-soalan lisan direct kepada murid berkenaan kemenjadian murid2 dalam pembelajaran...
-pencerapan 2 orang guru pendidikan islam dan kajian tempatan.

second day,
-pencerapan guru-guru PJK dan PI...

Third day,
-rumusan...huhu banyak sangat komen...anyway SK Bongkud masih di tahap yg membanggakan...cuma perlu penambahbaikkan....
-sayang GB tiada sebab sibuk mencerap sekolah lain....Nazir komen..."GB asyik Outing je p mencerap sekolah lain...adakah dengan cara seperti itu boleh mencemerlangkan sekolah sendiri....?"ha....sapa mo jawab....saya setuju dgn komen ni sebab...GB asyik p mencerap sek lain sampaikan time lawatan Nazir d sekolah sendiri ditinggalkan begitu sahaja sedangkan sepatutnya ketua perlu ada di sekolah khususnya masa lawatan Nazir....baru tau apa kelemahan dan kekuatan sekolah...inilah masalah yg selalu sa lihat kat GB2 bila ada lawatan nazir je mesti chow...n semua masalah pasing kat PK....kesian PK jadi sasaran itu ini.....GB lepas tangan begitu saja....sepatutnya pas ni pihak Jemaah Nazir buat pekeliling....bila Lawatan Nazir ke sekolah GB wajib ada di sekolah dan tidak dibenarkan meninggalkan sekolah walaupun menghadiri meeting/aktiviti lain..

04 Ogos 2011

Kuih Tradisional

Keropok Lekor

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto
***utk sos:***
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-cara
-Bersihkan ikan.
-Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
Masukkan garam dan ajinomoto.
Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Kuih Tradisional


Keropok Lekor

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto
***utk sos:***
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-cara
-Bersihkan ikan.
-Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
-Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
-Masukkan garam dan ajinomoto.
-Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
-Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
-Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
-Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu. Sedap dimakan panas2..

utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

02 Ogos 2011

KEUTAMAAN SOLAT TARAWIH

KEUTAMAAN SHALAT TARAWIH DARI HARI PERTAMA PUASA HINGGA HARI YANG TERAKHIR

Diriwayatkan dari Ali Bin Abi Thalib ra bahwasanya berkata ia : Nabi Muhammad SAW pernah ditanya tentang kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan, maka beliau bersabda :

Malam -Keutamaan

Pertama -Seorang mukmin akan dikeluarkan dari dosanya seperti ia dilahirkan dari perut ibunya

Ke dua -Diampunkan baginya dan bagi kedua ibu bapanya jika kedunya itu beriman

Ke tiga -Berserulah seorang malaikat dari bawah arasy :mulailah olehmu dengan beramal, Allah swt telah mengampunkan apa-apa yang terdahulu daripada dosamu

Ke empat -Baginya daripada pahala seperti membaca taurat, injil, dan furqaan.

Ke lima -Allah berikan kepadanya seperti pahala orang yang bersembahyang di masjidil haram, masjid madinah, dan masjidil aqsha.

Ke enam -Allah berikan kepadanya pahala orang yang thawaf pada albaitul ma’mur dan memohonkan ampunan baginya oleh segala batu dan lumpur.

Ke tujuh -Maka seolah-olah dia mengalami zaman nabi musa as dan menolongnya dalam melawan fir’aun dan haamaan.

Ke lapan -Allah berikan kepadanya akan apa-apa yang diberikan kepada nabiyAllah ibrahim as.

Ke sembilan -Maka seolah-olah ia menyembah Allah swt seperti ibadatnya nabi saw.

Ke sepuluh -Allah berikan rezeki kepadanya akan kebaikan dunia dan akhirat.

Ke sebelas -Keluar ia dari dunia seperti hari lahir ia dilahirkan oleh ibunya.

Ke duabelas -Datang ia pada hari kiamat pada wajah laksana bulan di malam empat belas.

Ke tiga belas -Datang ia di hari kiamat dengan keadaan aman daripada tiap kejahatan.

Ke empatbelas -Datanglah para malaikat menyaksikan bahwa dia telah melakukan solat tarawih.

Ke limabelas -Para malaikat dan para pemikul-pemikul ‘arasy dan kursi memintakan ampun untuknya.

Ke enam belas -Dituliskan Allah baginya kebebasan selamat dari neraka dan kebebasan untuk masuk ke dalam surga.

Ke tujuh belas -Diberikan kepadanya seperti pahala nabi-nabi.

Ke lapanbelas -Berserulah seorang malaikat:wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah ridho kepadamu dan kedua ibu-bapakmu.

Ke sembilanbelas -Diangkatkan Allah derajatnya pada surga firdaus.

Ke duapuluh -Diberikan kepadanya pahala orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.

Ke duapuluh satu -Allah buatkan kepadanya sebuah rumah daripada nur didalam surga.

Ke duapuluh dua -Datang ia pada hari kiamat dalam keadaan aman dalam duka cita.

Ke duapuluh tiga -Allah buatkan kepadanya sebuah kota didalam surga

Ke duapuluh empat -Ada baginya 24 macam doa yang mustajab.

Ke duapuluh lima -Allah angkatkan daripada adzab kubur.

Ke duapuluh enam -Allah swt angkatkan baginya pahala 24 tahun/

Ke duapuluh tujuh -Ia akan dimudahkan melalui jembatan shirotal mustaqim secepat kilat menyambar.

Ke duapuluh lapan -Allah angkatkan baginya seribu derajat didalam surga.

Keduapuluh Sembilan -Allah berikan pahala seribu haji yang diterima.

Ketiga puluh -Allah swt berfirman:wahai hambaku,makanlah olehmu daripada buah-buahan surga dan mandilah dari air salsabil dan minumlah dari air alkautsar.aku tuhanmu dan engkau adalah hambaku.

DOA BERBUKA PUASA

DOA BERBUKA PUASA


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

"Ya Allah, Aku telah berpuasa, keatas reskimu aku berbuka"
[Hadith riwayat Abu Daud #2358, Ia mursal hadith maka ia bertaraf daif. Al-Albani telah mengkelas hadith ini Daif didalam Daif Abi Daud].

01 Ogos 2011

NIAT PUASA BULAN RAMADHAN

Lafaz niat untuk sebulan


Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Maksudnya

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

Ada pendapat yang mengatakan boleh kita berniat terus sebulan Ramadhan, seperti berikut;

Berniat pada tiap-tiap malam ini khusus bagi puasa wajib sahaja, iaitu puasa bulan Ramadhan, nazar, kaffarah, qadha dan fidyah haji. Masa berniat itu mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbit fajar shadiq.

Di samping kita wajib berniat pada tiap-tiap hari, kita juga digalakkan untuk berniat dengan niat satu bulan penuh, itupun hanya di awal bulan Ramadhan sahaja. Tujuannya ialah untuk berjaga-jaga kalau-kalau kita terlupa berniat pada malam-malam berikutnya dengan bertaqlid kepada mazhab Imam Malik. Maka dengan adanya kita berniat sebulan itu akan menampung niat pada hari yang kita lupa itu. Akan tetapi niat tersebut tidak akan dikira niat sebulan jika ia diniatkan setelah berlalu satu Ramadhan. Contohnya orang yang berpuasa itu berniat dengan niat puasa sebulan pada hari kedua puasa, maka niat tersebut tidak sah.

Maka dalam hal ini, perkara penting yang mesti kita ambil perhatian ialah kita wajib berniat puasa pada tiap-tiap malam, dan sebaiknya kita juga berniat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau ada hari kita terlupa berniat.

Ini bererti niat pada tiap-tiap malam itu tidak boleh kita tinggalkan dengan sengaja kerana sudah berniat puasa sebulan adalah tidak memadai dan tidak sah puasa selain puasa hari pertama Ramadhan jika ia dikerjakan dengan hanya berniat satu bulan sahaja tanpa disertai dengan niat puasa setiap hari.



Lafaz niat puasa (harian)




nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Maksud

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Ramadhan Al-Mubarak Datang lagi



USAHA
Bila kiamat telah tiba,
di jarimu masih mengenggam bibit kurma,
usah ragu menanamnya
kerana Allah tidak melihat hasilnya
tapi melihat usaha yang kita juangkan
kerana Allah menghargai daya upaya
asal sesuai dengan petunjuk-Nya
Kekang nafsu dengan puasa,
disiplinkan diri jalani hukum-Nya,
sebagai bukti usaha keras kita
untuk tunduk pada perintah-Nya.

HARAPAN
Ketika semua gelap
segala upaya telah dilakukan
otak lemah diperas habis-habisan
kerja keras hingga kaki terasa menjadi tangan
dan tangan terasa menjadi kaki
Tapi hasil tak kunjung bersemi,
segunung harap tak juga mengunjungi,
semua terasa sia-sia,
dan kehancuran terasa di depan mata.
Disitulah iman kita diuji,
tidak akan berputus asa
atas rahmat yang Allah yang Mahakuasa
kecuali orang-orang yang imannya cekal.
Teguh berharap rahmat Allah yang esa
bagi orang yang imannya teguh kuat di dada

SANDARAN
Kalau kita benar beriman
Allah adalah sandaran
tempat mengadu dan memohon pertolongan
tempat menenteramkan kebimbangan akan masa depan
karena Dia adalah Maha tahu
pengetahuannya tidak dibatasi oleh waktu
tak satu peristiwa-pun luput dari-Nya
kekuasaan-Nya adalah jaminan masa depan kita.
sepanjang kita tetap berada di jalan-Nya
dan tidak membangkang perintah-Nya.
Tak ada yang perlu ditakutkan
tak ada yang perlu disedihkan
kerana Dia-lah penjaga paling perkasa.
dan penjamin yang paling terpercaya.

BERANI
Mengapa harus berani?
kerana musuh tak akan gentar oleh penakut
kerana musuh akan bersorak-sorai melawan penakut
kerana musuh akan menginjak-injak harga diri penakut

Mengapa harus berani?
kerana berada di jalan-Nya
sementara musuh menyalahi jalan-Nya
itu berarti Allah bersama kita
dan akan menjaga kita
dan melindungi kita
dan menjamin masa depan kita
selama kita setia di jalan-Nya


MELIHAT
Bila ada perbuatan sebesar biji sawi
yang tersembunyi di dalam batu,
atau tersembunyi di dalam bumi,
atau tersembunyi di atas langit,
dalam selimut kegelapan malam
dan kabut hitam kelam
Allah pasti mengetahuinya
dan akan membalasnya
kerana Allah Maha Halus
kerana Allah Maha Mengetahui
tak seorangpun dapat sembunyi
dan sia-sia saja coba menghindari..
Puasa melatih kesadaran diri
akan penglihatan-Nya yang tak tertabiri
akan pengetahuan-Nya yang tak tertandingi
Disiplinkan diri jalani puasa
menahan diri atas semua hal yang membatalkannya
walau tak seorangpun melihat kita

CERDAS
Berdiri menongkah
menantang langit
menganggap diri paling cerdas
menganggap diri paling tahu
mengaku paling bijaksana
walau hanya bermodal setitiss ilmu
di samudera pengetahuan Allah yang tak bertepi
Sungguh malu rasanya
saat perasaan itu melintas dalam hati
kerana hadirnya perasaan itu adalah bukti
sebenar-benarnya bukti
bahwa jiwa pemiliknya terpenjara
bagai katak dalam tempurung kelapa

SEDIH
Buku menangis
kala para pembaca
yang baru mengutip sedikit ilmu
sudah merasa lebih pintar dari Tuhannya
Lalu berusaha merubah aturan pada kitab suci
dan mencuba membuat hukum sendiri
yang dirasanya lebih manusiawi
yang dianggapnya sesuai zaman moden
Padahal dia hanya berbekal secubit ilmu
tanpa bekal pengetahuan agama yang memadai
beraninya buat aturan sendiri
menganggap Tuhan hanya tahu masa lalu
dan ayat-ayat sucinya tidak sesuai masa kini.
Jadilah agama ditafsirkan sekehendak hati,
tanpa landasan yang jelas untuk dikaji,
malapetaka bagi seluruh negeri
bila ajaran mereka diikuti

RENDAH HATI
Puasa adalah bulan untuk melatih jiwa,
berendah hati pada sesama,
menjauhi sombong dan merasa diri paling mulia,
hindari penentang menginjak saudara,
pantang berjalan dengan angkuh di muka bumi
takut remehkan orang lain walau kelihatan tidak bererti
kerana dan teguh di jalan kebenaran-Nya

Puisi untuk ibu

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

~tinta lughahwi~


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~Sulaiman~


Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

~Sepriadi~

Puisi untuk Guru

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru


Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979