Halaman

04 Ogos 2011

Kuih Tradisional


Keropok Lekor

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto
***utk sos:***
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-cara
-Bersihkan ikan.
-Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
-Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
-Masukkan garam dan ajinomoto.
-Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
-Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
-Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
-Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu. Sedap dimakan panas2..

utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda