Halaman

05 Ogos 2010

Rendang Ayam


Bahan-bahan:
2½ kg ayam - dipotong kecil
65gm cili padi
65gm bawang putih
500gm bawang merah
5cm halia
5cm lengkuas
7cm kunyit hidup
5 batang serai - dihiris
1500ml santan
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
250gm kerisik
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya (rempah penumis)

Cara memasak:
1. Masukkan serai, rempah penumis dan kesemua bahan kisar di dalam kuali.
2. Selepas itu masukkan ayam. Gaul rata dan tutup kuali. Biarkan ayam kecut seketika.
3. Bila ayam kecut, masukkan santan, daun kunyit, daun limau purut, asam gelugur dan garam secukup rasa. Kacau rata di atas api perlahan sehingga ayam masak.
4. Kemudian masukkan kerisik. Kacau rata dan masak hingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Pajeri Nenas

Bahan-bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ] tumbuk halus
2 biji bawang putih ] tumbuk halus
Kacang Tanah yang di blander(seperti kuah rojak sate)
lada kering yang telah diblander(
gula sikit
garam secukup rasa
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
hiasan: Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)

Cara memasak:

Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit, lada kering dan kacang tanah yang telah diblander tadi.
Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
lepas tu masukla pulak lada (masa masuk lada nie tk usahlah sampai lunyai pulak-golek-golekkan saja kat dlm kuali tu sikit-sikit). siap....nyum2

04 Ogos 2010

Kuih Tradisional


Resepi Kuih Tako

Bahan-bahan Lapisan Bawah Kuih Tako
30g tepung jagung/ tepung hoen kew hijau
1 cmt pes pandan
250ml air
100g gula pasir
1 bj sengkuang cina dicincang

Bahan-bahan Lapisan Atas Kuih Tako
15g tepung beras
250ml santan daripada ½ biji kelapa atau 100ml santan kotak cairkan hingga menjadi 250ml
Sedikit garam

10 helai daun pandan untuk dijadikan kelongsong

Cara Membuat Kelongsong Kuih Tako
1.berdasarkan gambar rajah di atas potong daun pandan digarisan putus-putus dengan gambar gunting dan keluarkan bahagian bertanda X.
2. Lipat daun pandan 90 darjah membentuk bucu dimana bahagian bertanda ABCDEF dalam rajah diatas menjadi bucu ABCDEF dalam rajah dibawah.
3. Silangkan bahagian tapaknya agar ia menjadi kukuh dan dapat menampung berat kuih.
4. Gunakan lidi atau stapler untuk melekatkan bahagian sisi yang bercantum.
5.Jika daun pandan tidak cukup lebar, anda akan menghasilkan kelongsong yang rendah dan berlubang di dasarnya. Jadi potong sekeping daun pandan bersaiz 4cm x 4cm dan letakkan dibahagian dasarnya menutupi lubang tadi.

Cara Membuat Kuih Tako
1.Sediakan kelongsong kuih tako. Masukkan cincangan sengkuang cina 1/2 cmt setiap kelongsong.
2.Masukkan semua ramuan lapisan bawah ke dalam periuk, kacau rata.
3.Masak dengan api sederhana hingga pekat dan mendidih sedikit. Sentiasa mengacau sewaktu memasak untuk mengelakkan adunan bergentel.
4.Setelah itu, angkat dan tuang ke dalam kelongsong pandan yang telah dimasukkan sengkuang cina sehingga ¾ penuh.
5.Masukkan semua bahan lapisan atas pula ke dalam periuk.
6.Kacau rata dan masak dengan api sederhana sehingga pekat. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan bergentel.
7.Angkat dan tuang ke dalam kelongsong kuih tako sehingga penuh.
Boleh dihidangkan sejuk atau panas.

Tip Masakan Komersial
Untuk lapisan bawah, tepung hoen kew akan menjadikan kuih tako lebih harum lagi. Memang tepung hoen kew lebih mahal tetapi dengan pengiraan kos yang betul, adalah berbaloi dan amat sesuai digunakan untuk berniaga. Sekarang ini dah terdapat tepung hoen kew yang dijual mengikut timbangan. Boleh la dapatkan harga yang lebih murah jika membeli dalam kuantiti banyak.
Menggunakan pes pandan juga lebih menjimatkan walaupun ia kurang asli. Cukuplah pandan digunakan sebagai kelongsong sahaja. Pes pandan boleh menghasilkan kuih tako yang lebih cantik warnanya. Untuk pengeluaran dalam kuantiti yang banyak, pes pandan adalah pilihan yang terbaik.
Tidak seperti kuih lapis yang memerlukan kita mengukus setiap lapisan, kuih tako lebih mudah dengan cara diatas. Jika kuih tako diproses seperti kuih lapis iaitu dengan cara mengukus, kita akan dapati semua rasa pandan menyerap kedalam adunan menyebabkan lapisan atas turut menjadi hijau malah berasa pahit. Tak kira berapa banyak kuih tako yang perlu anda sediakan, hanya perlu masak dalam kuali besar dan tuangkan sahaja dalam kelongsong setelah masak. Tak perlu berpenat lelah ditepi pengukus berjam-jam untuk mengukus kuih sedikit demi sedikit.